Siakap Keli

(Video) Panik Disergah, Pak Guard Jadi Mangsa Langgar ”Couple” Kantoi Buat Projek Larikan Diri

Dipercayai panik disergah semasa buat ‘projek’ dalam kereta, sepasang kekasih nekad melanggar pengawal keselamatan sebuah pusat membeli belah untuk mengelak daripada dicekup.

Pasangan bukan mahram ini didakwa berzina di dalam kereta yang diparkir di sebuah pusat membeli belah di Indonesia pada 18/1/2020 (Sabtu).

Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut dilaporkan tertangkap selepas seorang pengawal keselamatan di pusat membeli belah itu curiga melihat lampu kereta tersebut terpasang.

Video detik-detik kereta yang dinaiki pasangan tersebut merempuh seorang pengawal keselamatan pusat membeli belah di Indonesia telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut memaparkan seorang pengawal keselamatan yang memakai jaket berwarna hijau berjalan di tengah jalan untuk menahan kereta tersebut.

Beberapa minit kemudian, satu kereta jenis Honda Jazz telah dilihat memecut laju dan melanggar seorang pengawal keselamatan.

Kereta tersebut bukan sahaja telah melanggar pengawal keselamatan berkenaan, ianya juga turut didakwa telah melanggar palang parkir automatik sehingga rosak.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian dan menyaksikan sendiri kejadian itu bertindak mengejar kereta tersebut dan berjaya menangkap kedua-dua pasangan terbabit. Kedua-dua mereka lalu diserahkan terus kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.

Hasil daripada siasatan yang dilakukan, pasangan tersebut mengaku panik kerana perbuatan mereka itu tertangkap.

Difahamkan, lelaki yang memandu kereta tersebut adalah seorang pegawai kerajaan.

Pengawal keselamatan yang dilanggar itu walau bagaimanapun dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Susulan daripada penahanan kereta tersebut, pihak polis telah menjumpai alat pencegah kehamilan, tilam, tisu basah dan kering serta bantal.

Sumber: sosok.id

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.