Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Beberapa tahun lalu, tular satu video kemalangan yang menyaksikan beberapa orang pelajar menghadapi detik-detik cemas apabila sebuah kereta kancil terbabas ke arah mereka.
Sejak beberapa minggu lalu, video tersebut kembali tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai.
Kebanyakannya tertanya-tanya mengenai keadaan pelajar-pelajar tersebut selepas kejadian itu.
Selepas sembilan tahun berlalu, salah seorang dari pelajar itu tampil menceritakan semula di sebalik kejadian yang menimpa mereka.
Meor Muhammad Amnan Hamzah menerusi perkongsian di Threads turut menjelaskan mengenai keadaan rakan-rakannya yang lain selepas kejadian.

"Disebabkan video ni viral balik dekat semua media sosial, jadi aku sebagai orang yang ada dalam video ni juga (helmet merah pakai spec) nak cerita la sikit walaupun video penuh ada kat Youtube.
"Sebab ada yang tertanya-tanya, dekat mana kami sekarang siap dulu pernah orang kata kawan aku yang helmet merah tu dah mati, dia hidup lagi kome, semua hidup lagi," ujarnya membuka cerita.
Menurut Meor, mereka merupakan sekumpulan pelajar Kolej Vokasional Lebuh Cator Ipoh (KVLC).
Ketika kejadian, mereka berada di tahun ketiga pengajian pada tahun 2017.
"Kami ada macam satu program nak kena buat, kira macam markah la juga untuk kami. Jadi kumpulan kami ni pilih nak buat khidmat komuniti di Kuala Kangsar tapi masalahnya modai takdak.
"Nak kena beli itu ini lagi jadinya kami semua ni kiranya ditugaskan untuk pergi minta sumbangan la kat wakil rakyat mana yang ada sekitar Ipoh ni.
"Tengah pergi sana sini, member aku yang helmet merah tu jatuh dulu dah jalan licin.
"Itu yang patah balik semua sembang punya sembang tepi jalan sekali pommmm kancil drift impak maksima datang.
"Nasib takde kena apa-apa kat kam , cuma motor jela 4 bijik kena langgar. Hancor leboh takdak apa dah," katanya.

Selepas kejadian itu, dia dan rakan-rakannya tidak menyangka bahawa video tersebut akan menjadi tular.
"Memang viral 1 Malaysia masa ni siap wartawan semua datang nak jumpa kawan aku yang ada dalam video ni tapi kami senyap je, ye la goyang juga masa tu jadi malas la nak ambil kisah pun. Tapi memang tak sangka viral. Popular la kejap jugak masa tu, dengan loghat Perak pekatnya.
"Siap ada yang kata kami ni berlakon, haha ingat kami Skop Production ke ada modal nak buat kancil drift bagai ni.
"Siap ada kata buat apa la duduk sembang kat tepi tu macam takde tempat lain tapi takpelah nak buat macam mana orang takde kat tempat kejadian boleh cakap macam-macam. Kami reda je," katanya lagi.
Meor berharap dengan pendedahan ini, orang ramai tidak lagi membuat andaian mengenai keadaan mereka.
"Harapnya takde yang tanya dah siap ada buat andaian kata kami dah mati bagai. Harap semuanya dah terjawab dan jangan lupa tengok video penuh kat Youtube," katanya.