Siakap Keli

Dipercayai Mahu Ke Pusat Zakat, Pakcik ‘Tua’ Ditemui Terlentok Atas Kerusi Roda Di ”Bus Stop” Tengah Malam

Jika kita rasa susah, ingatlah ada orang lain yang lebih susah. Bukan untuk menafikan kesusahan sendiri, namun agar menjadi lebih bersyukur dan positif menghadapi kehidupan sehari-hari.

Semalam, seorang pemuda terlihat seorang lelaki yang agak berumur bermalam di sebuah hentian bas di Pulau Pinang. Melihat keadaan warga emas yang berkerusi roda itu, mereka cuba menegur serta menawarkan bantuan namun ditolak.

Kiriman pemuda itu telah dikongsikan Penang Kini di laman Facebook mereka.

Hampir 12 tengah malam bakal masuk 21 Januari 2020.

Ternampak pakcik ini di sebuah hentian bas kawasan bandar perda BM, bertentangan dengan stesen Petron yang bersebelahannya kedai makan Bangkok Station.

Saya dan Izwan Iskandar Zakaria cuba menegur pakcik yang sedang tidur itu tentang keadaannya.

Pakcik itu dari Bagan Ajam, ke Perda menaiki bas dengan hasrat untuk ke Pejabat Zakat. Pakcik tak mahu balik ke rumah apabila ditawar mahupun ke masjid untuk bermalaman, bahkan pakcik minta dibiarkan disitu.

Kami yang tak berupaya untuk memujuk atau membantu pakcik buat keputusan untuk membiarkan pakcik disitu dan cuba buat posting di Facebook agar jika ada sesiapa yang mampu membantu pakcik, dapat membantunya.

Perkongsiannya membuatkan ramai netizen yang tumpang bersedih melihat keadaan lelaki itu.

Semoga dipermudahkan urusan pakcik

Sementara itu, seorang pengguna Facebook mendakwa melihat lelaki berkenaan di lokasi yang sama pada jam 3 pagi semalam.

Walaubagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai warga emas itu yang diperolehi setakat ini.

Sumber: Penang Kini

Amira

Love yourself.