Siakap Keli

“Tengah Jem, Tetiba Ada Orang Ketuk Tingkap”, Ingatkan Ada Apa, Rupanya…

Bila kerja di bandaraya ni, cabaran utamanya ialah nak menghadap jem pepagi. Bila dah tersangkut dalam trafik, masa seakan cepat je berlalu terutamanya kalau dah terlewat nak ke tempat kerja. Mata asyik-asyik tengok jam jer, sedar-sedar dah pukul 7.30 pagi. Memang kelam kabut lah jawabnya dengan kereta bersusun panjang lagi.

Pagi tadi kat jalan Bukit Bintang, masa tengah-tengah jem tetiba ada orang ketuk cermin kereta. Ingatkan siapalah.. “Nak menjual ke.. Tangki minyak kereta aku tak tutup ke..” Macam-macam soalan terlintas dalam kepala. Rupanya abang rider foodpanda.

Bukak je tingkap, dia hulur Tealive Signature Coffee percuma. Fuhh! Murah rezeki aku pagi ni. Terima kasih bang! Hilang panas hati kereta menyelit kat depan.

Dah dapat air percuma apa lagi, terus sedut. Sedap weh. Hilang stress tersangkut dalam jem bila dapat bau kopi. Memang umphh dan lemak-lemak rasanya.

First time rasa kopi dari Tealive ni. Aku pun Google lah kat internet. Baru tahu, kopi kat Tealive ni dibru dengan 100% kacang Arabica premium. Patutlah sedap.

Macam familiar je muka sorang rider tu

dapat kopi tealive percuma

dapat kopi tealive percuma

Selain Signature Coffee tadi, Tealive ada 5 perisa lain termasuk Latte, Americano, Coco Mocha, Hazelnut Latte dan Bang Bang Coffee dengan Brown Sugar Warm Pearls.

Bukan tu je, Tealive keluarkan dua kopi baru iaitu Coffee Smoothie Choc Shaka Lava dengan Oreo dan Black Diamond Signature Coffee.

Bayangkan kopi beraroma dengan lapisan coklat lava dan Oreo, fuhh nikmat.

perisa kopi tealive

100 kopi Tealive percuma

Yang bestnya, Tealive akan bagi lagi 100 kopi percuma pada 24 Jan nanti bermula jam 8.30 pagi.

Tengah dalam perjalanan balik bercuti sempena Chinese New Year ni, korang jangan lepaskan peluang untuk dapatkan minuman percuma di 4 stesen Petronas kat bawah;

  • Petronas KLIA2
  • Petronas Awan Besar R&R
  • Petronas Temasya Federal Highway
  • Petronas Mutiara Damansara

edar kopi tealive percuma

Untuk korang yang jauh dari lokasi-lokasi di atas, jangan risau. Pada harga RM5 sahaja, korang dah boleh dapatkan kopi Tealive terpilih termasuk Signature Coffee, Latte dan Americano setiap pagi hingga 12 tengah hari. Tapi hanya untuk walk-in ke kedai sahaja tau.

kopi tealive

Bahkan, korang boleh pergi ke outlet terpilih seawal jam 7.30 pagi bagi dapatkan kopi untuk memulakan hari korang dengan produktiviti.

Tak sempat walk-in kedai? Tenang. Pesan je kat foodpanda, terus rider dorang hantar kopi ke depan pintu rumah atau pejabat korang. Mudah sangat kan?

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Tealive atau ikuti Instagram dan Facebook mereka.

Amira

Love yourself.