Siakap Keli
Kredit: Stance Grounded

(Video) Gempar, Gajah ‘Lawat Kawasan’, Buat Rondaan Dalam Hotel

Sebuah hotel di Sri Lanka menerima kunjungan tetamu besar apabila seekor gajah jantan Asia memasuki hotel berkenaan seakan-akan melawat kawasan.

Kejadian di Jetwing Yala hotel itu bukan lagi perkara luar biasa kerana gajah bernama Natta Kota itu sudah bagaikan tetamu tetap hotel berkenaan sejak 2013.

Menurut laman TMZ, gajah itu dikatakan pernah menumpang tidur di teduh dan berjalan di ruang pejalan kaki hotel tersebut.

Natta turut dikatakan mencuri buah-buahan dari kenderaan dan menyelongkar dapur untuk mencari makanan.

Dalam video yang tular di laman sosial, gajah berkenaan dilihat berjalan bersahaja dan ‘menyentuh’ perlahan barangan di dalam hotel berkenaan menggunakan belalainya.

Untunglah jadi ‘orang besar’, kalau tak mesti dah kena bayar ganti rugi lampu yang pecah tu.

Sumber: TMZ, Stance Grounded

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.