Siakap Keli

(Video) Lagi Serangan Roket Sasar Zon Hijau Kedutaan AS Di Iraq, Tiada Kecederaan Dilaporkan

Tiga roket dilancarkan pada pagi Selasa oleh pihak yang tidak dinyatakan telah mengenai zon hijau di Baghdad yang berdekatan dengan kawasan Kedutaan Amerika Syarikat.

Seorang wartawan BBC melaporkan bahawa penggera di kawasan kompleks kedutaan AS serta pembesar suara dibunyikan bagi meminta para petugas kedutaan untuk berlindung daripada serangan tersebut.

Polis Iraq memberitahu Reuters bahawa tiga roket Katyusha tersebut telah mengenai zon hijau yang menempatkan bangunan kerajaan serta diplomat asing. Roket tersebut didakwa dilancarkan di luar daripada Baghdad iaitu di daerah Zafaraniyah.

Pada 8 Januari yang lalu, sebanyak 2 roket telah dilaporkan mendarat di dalam zon hijau, beberapa jam selepas Iran melancarkan berpuluh-puluh misil di dua pangkalan tentera Iraq yang menempatkan tentera AS.

Serangan roket tersebut dibuat bagi menuntut bela pembunuhan yang dilakukan AS ke atas Jeneral Iran iaitu Qassem Suleimani di Iraq.

Sumber: The Guardian

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.