Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Iran Tutup Sepenuhnya Selat Hormuz Susulan Serangan AS

Sofea
Iran Tutup Sepenuhnya Selat Hormuz
Kredit: AFP

Iran Tutup Sepenuhnya Selat Hormuz Susulan Serangan AS

Laluan Selat Hormuz kini ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kapal susulan gelombang serangan baharu Amerika Syarikat terhadap Iran.

Pemerintah Khatam al-Anbiya berkata sebarang pergerakan kapal melalui Selat Hormuz akan menjadi sasaran, lapor AFP.

Amaran tersebut dikeluarkan ketika rundingan bagi menamatkan perang dilaporkan menemui jalan buntu.

Amerika Syarikat sebelum itu melancarkan gelombang serangan baharu terhadap Iran pada Rabu, dengan Presiden Donald Trump berikrar untuk menyerang dengan dahsyat selepas menuduh perunding Tehran cuba mempermainkan Washington.

Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran pula berkata, dua kapal yang cuba melalui Selat Hormuz secara tidak sah telah diserang.

Kredit: AFP

“Susulan pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Amerika, Selat Hormuz akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

“Kami memberi amaran supaya tiada kapal meninggalkan kawasan berlabuh di Teluk Parsi dan Laut Oman. Sebarang tindakan menghampiri Selat Hormuz akan dianggap sebagai bekerjasama dengan musuh," katanya seperti dipetik televisyen kerajaan IRIB dan agensi berita Mehr.

Media Iran turut melaporkan beberapa letupan berlaku di selatan negara itu berhampiran Selat Hormuz, kawasan sama yang sebelum ini menjadi sasaran serangan tentera AS terhadap sistem pertahanan udara, radar dan beberapa lokasi lain pada Selasa.