Siakap Keli

Ahli Parlimen Iran Tawar RM12 Juta Untuk Bunuh Trump

Seorang ahli parlimen Iran menawarkan wang ganjaran sebanyak $ 3 juta atau RM 12 juta sebagai ganjaran kepada sesiapa sahaja yang membunuh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

“Bagi pihak rakyat wilayah Kerman, kami akan membayar ganjaran sebanyak $3 juta secara tunai kepada sesiapa yang membunuh Trump” kata anggota parlimen Ahmad Hamzeh dari wilayah Kerman dalam parlimen di Iran di hadapan 290 kerusi ahli majlis.

Kerman adalah bandar di selatan Iran  dan merupakan kampung kelahiran bagi Qassem Soleimani.

Terbunuh dalam serangan drone As di Iraq pada 3 Januari lalu, Soleimani dianggap sebagai wira negara dan tokoh awam yang popular bagi sesetengah warga Iran.

Beliau mempunyai pengaruh yang besar dalam menjaga kedudukan Iran di rantau ini.

Sumber: DW,

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra