Siakap Keli

“Kalau Nak Berhenti Biar Beradab, Sama Macam Nak Mohon Masuk Dulu,” Pesanan ‘Pedas’ Buat Pelajar Intern

Program latihan industri diwujudkan untuk penuntut universiti, politeknik mahupun institusi lain untuk memenuhi syrat bergraduasi. Bukan itu sahaja, latihan industri ini juga untuk memberi pendedahan awal kepada para mahasiswa tentang realiti alam pekerjaan sebenar.

Sudah menjadi kebiasaan para pelajar akan memilih sendiri tempat latihan yang bersesuaian dengan bidang mereka selama tempoh yang ditetapkan. Hal ini juga sebagai pengalaman supaya dapat diisi dalam kolum ‘resume’ sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Namun, para mahasiswa seharusnya tahu tentang maklumat dan latar belakang tempat latihan tersebut. Tular di media sosial hari ini apabila seorang individu memberi ‘nasihat’ kepada majikan dan pelajar latihan industri sebelum menjalani latihan.

Tengah hangat majikan vs pelajar berdebat dekat satu posting di page ini. Ok lah dari berdebat apa kata kita sediakan solusi.

(Untuk Majikan)

1. Jika nak ambil pelajar intern, sila guna sistem dan procedure yang sama ketika ambil pekerja.

2. Buat penapisan awal melalui resume/cv reviewing. Banyak benda boleh kita tahu mengenai karakter seseorang melalui resume/cv.

3. Panggil sesi interview bila dah buat penapisan. Jangan ambil without jumpa. Kalau betul nak, diorang akan lakukan satu effort untuk datang interview.

4. Kalau jenis selalu ambil pelajar student, adakan hubungan baik dengan administrator institusi pendidikan. Setiap kali musim internship, minta depa recommend student yang excellent top of the cream from that batch.

5. Seminggu dua sebelum tarikh lapor diri, contact student dan double confirm commitment depa untuk lapor diri.

(Untuk student)

1. Masa nak apply, jangan apply last minutes. Satu sem sebelum tu dah mula research nak apply company mana. Tanya senior yang tengah LI ok ke company tu, dan dapatkan contact for person in charge untuk hire interns.

2. Tanya dengan bahagian pengurusan LI di institusi anda senarai company yang ok dan yang blacklisted. Sepatutnya ada. Kalau tak ada terpaksa bergantung pada point 1 sahaja.

3. Masa hari lapor diri terus tanya job scope apa semua. Buangkan mentaliti aku belajar engineering so aku nak buat kerja berkaitan engineering sahaja dan buang ego diri kata aku budak degree kena kena ikut technician buat kerja.

Semua tu ilmu, layan je. Lagi satu kena faham, tak ada company yang berani bagi budak intern pegang mesin or projek beribu ringgit apatah berjuta so kena pandai sendiri lah macam mana nak cedok ilmu.

Bukan disuruh buat kerja photostat lepas tu buat tu ja tak ada usaha nak belajar benda lain dan lepas tu heboh kat Twitter kata kena buat kerja photostat sahaja tak diberikan peluang. Create your own opportunity.

4. Kalau job scope tu terlampau merapu macam kena buat direct sales sahaja atau kerja dengan operator masuk barang dalam kotak dan langsung tak ada kerja lain terus contact pihak institusi anda dan minta nasihat cara untuk cari tempat LI lain. Buat perkara ini seawal mungkin dan jangan tunggu dah tengah LI baru nak buat. Repeat sem la jawabnya.

5. Kalau nak berhenti LI, seperti mana beradab apply masuk, seperti itu juga beradab berhenti keluar. Tak tahu 10 tahun lagi mungkin jumpa lagi sebab Malaysia ni kecil je.

6. Mohon jangan adakan ayat “stress kerja” dalam kamus hidup masa LI. Melainkan ia berkaitan dengan gangguan seksual, buli (beza dengan nyakat sye) dan tindakan melampau oleh pihak syarikat dan pekerja.

If LI pun dah tak boleh handle stress kerja, macam mana nak survive dunia kerja? Lagi satu, drop LI tegah jalan sebab tak tahan stress sayanglah kena repeat sem. Tak kesian ke mak bapak tunggu anak grad dan lepas tu buang masa hidup setahun? Takat 3 – 6 bulan tu layan jelah.

 

Sumber: Amirul Amin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)