Siakap Keli

(Video) ‘Rider’ Hadang Jalan Semata-mata Nak Tolong Lelaki Kurang Upaya Lintas Jalan

Jalan raya sememangnya dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan sama ada bergerak secara perlahan mahupun laju. Selain kenderaan bermotor, jalan raya turut digunakan oleh pejalan kaki menerusi lorong dan laluan yang disediakan.

Pun begitu, seringkali dilihat bahawa pejalan kaki terpaksa mengalah dengan kenderaan-kenderaan lain terutamanya ketika melintas jalan. Bukan mudah untuk melepasi jalan yang sesak dengan kenderaan kerana dikhuatiri mungkin dirempuh sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

Menerusi satu perkongsian video di ruangan Twitter, tindakan seorang penunggang motosikal telah memikat hati ramai orang. Ketika trafik sedang bergerak pantas, ‘rider’ tersebut telah membantu seorang lelaki bertongkat untuk melintas jalan.

Penunggang itu mengiring lelaki berkenaan menggunakan motosikalnya supaya kenderaan lain dapat menghentikan kenderaan.

Jika dilihat daripada satu sudut, tindakan lelaki berkenaan turut membahayakan keselamatan dirinya. Pun begitu, dengan kerjasama pengguna jalan raya yang lain, situasi itu dilihat sangat mengagumkan ekoran kebaikan ‘rider’ tersebut.

Sumber: Toon Seri Anthraxxxx

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra