Siakap Keli

(Video) Tangan & Mulut Bayi Melecur Teruk Gara-Gara Jolok Paku Dalam Soket Elektrik

Seorang bayi di Liaoning, China telah hilang fungsi tangannya selepas dilaporkan terkena renjatan elektrik di rumahnya.

Sebelum insiden tersebut berlaku, bayi yang berusia dua tahun itu telah dilihat memegang sebatang paku panjang.

Ibunya mendakwa bahawa dia telah mengambil dan simpan di tempat tinggi agar bayinya itu tidak boleh mencapainya.

Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, ibunya yang sibuk menguruskan hal-hal rumah telah  bau bagaikan ada sesuatu yang sedang terbakar di bilik sebelah.

Ibu kepada bayi tersebut kemudiannya bergegas ke bilik tersebut bagi menyiasat punca bau terbakar tersebut. Apa yang ditemuinya selepas itu bakal memberi penyesalan yang akan menghantuinya.

Ketika dia membuka pintu bilik berkenaan, dia telah mendapati bahawa anaknya itu sedang memegang paku yang dicucuk ke dalam lubang soket elektrik di bilik tersebut.

Bayi tersebut didakwa telah terkena renjatan elektrik hasil daripada perbuatan itu. Ketika ditemui, bayi tersebut sedang kaku terbaring, tangannya pula telah menjadi hitam seakan rentung manakala bibirnya pula dilaporkan bengkak.

“Saya sungguh tidak menyangka bahawa sesuatu yang sangat merbahaya begini boleh terjadi di rumah. Semua orang ada di rumah pada ketika itu dan anak saya hanya boleh memasuki 2 bilik sahaja. Macam mana boleh jadi begini?” ujar ibu kepada bayi itu.

Bayi tersebut kemudiannya digegaskan ke hospital. Doktor terpaksa memotong tapak tangan bahagian kanan serta jari telunjuk kiri bayi tersebut untuk menyelamatkan nyawanya.

Doktor berkata, muka bayi tersebut juga sedikit melecur, dan jantung serta otaknya mungkin terjejas akibat renjatan elektrik itu.

Sumber: Asia One

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.