Siakap Keli
Kredit: Miri Community

Pemandu Dipercayai Tak Tarik ‘Handbrake’ Di Stesen Minyak, Kanak-kanak Nyaris Digilis

Seorang kanak-kanak dan ibunya menghadapi detik cemas di sebuah stesen minyak di Lutong apabila kereta di belakang mereka tiba-tiba bergerak dan melanggar motosikal mereka.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, kelihatan Myvi berwarna oren berhenti di belakang motosikal mangsa ketika sedang mengisi minyak.

Secara tiba-tiba, kenderaan itu perlahan bergerak ke hadapan dan melanggar motosikal mangsa bersama ibunya.

Perlanggaran itu menyebabkan mangsa yang sedang berada di atas motosikal terjatuh dan terperosok di bawah kereta, namun nasib menyebelahinya apabila terselamat dari digilis tayar kenderaan berkenaan.

Lantaran itu, pemandu kenderaan itu dilihat menunjukkan isyarat meminta maaf sebelum dimarahi seorang individu yang berada di tempat kejadian.

Kereta berhenti di belakang motosikal yang sedang mengisi minyak.

Kereta melanggar belakang motosikal.
Kanak-kanak terperosok di bawah bonet hadapan kereta.
Pemandu Myvi mengundurkan kereta sambil mengangkat tangan, memberi isyarat meminta maaf.

Beberapa netizen tampil dengan dakwaan masing-masing mengenai punca insiden berkenaan.

Mungkin tertekan pedal minyak ketika mahu menekan brek

Terus neutralkan gear bila berhenti

Patut gantung lesen

Mujur tak dilenyek

Sumber: Miri Community (Nrl Amyra Mnsr)

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.