Pernah digelar sebagai kanak-kanak paling gemuk di dunia, Arya Permana yang kini telah berusia 13 tahun pernah mengalami obesiti yang teruk sehingga berat badannya mencecah 193 kilogram.
Akibat berat badannya yang berlebihan, Arya tidak mampu bergerak dengan banyak apalagi untuk pergi ke sekolah.
Tidak mahu lagi berterusan dalam keadaan begitu, Arya bertekad untuk membuat perubahan dalam gaya hidupnya dengan bantuan beberapa pihak yang berkaitan.
Video yang memaparkan keadaan terkini Arya dikongsikan oleh ahli bina badan Indonesia, Ade Rai yang menjadi jurulatih kecergasan remaja itu dan telah tular di media sosial.
https://www.instagram.com/p/B7e5UBYpfgU/
Menerusi laporan Kompas TV pada selasa lalu, Arya menjalani siri pemeriksaan kesihatan sebelum menjalani diet. Arya juga menjalani pembedahan barometrik (herotan perut), bersenam serta pelbagai aktiviti fizikal lain sehingga berat badannya menyusut sehingga 110 kilogram.
Turut tular di Twitter, kebanyakan netizen Indonesia memuji kepakaran Ade Rai yang melatih Arya sehingga berat remaja itu susut dengan banyak.
Sumber: Tribun News