Siakap Keli
Kredit Foto: Mirror

Tak Mampu Uruskan Diri Sendiri, Wanita Hidup Seperti ‘Patung’ Perlukan Ibu 24 Jam Disisi

Menghidap penyakit yang jarang ditemui, seorang wanita berusia 37 tahun menghidap penyakit fibrodysplasia ossificans progressiva (FOP) menyebabkan dia tidak dapat melakukan sebarang pergerakan seperti memakai baju, menyikat rambut serta makan dengan sendiri.

Kredit Foto: Mirror

Ashley Kurpiel, telah didiagnosis menghidap penyakit FOP ini sejak dari kecil yang melibatkan kerosakan pada bahagian ototnya hingga kepada tulang yang menyebabkan pergerakkannya terhalang.

Sepanjang hari, dia akan menghabiskan masa diatas katil dan kerusi rodanya sahaja.

Kredit Foto: Mirror

Ia merupakan satu perkara yang sangat sukar bagi dirinya untuk menjalani kehidupan kerana semua pergerakanya terbatas dan memerlukan pertolongan orang sekeliling.

Ibunya, Carol berusia 73 tahun yang banyak membantu menguruskan dirinya selain daripada sokongan emosi yang diberikan ketika diperlukan.

Menurut ibunya, Ashley memerlukan seseorang disampingnya 24 jam untuk membantu menguruskan dirinya.

Dia sedar dirinya mungkin menjadi beban dalam keluarga tersebut, namun memiliki keluarga yang sangat memahami dan sentiasa memberikan sokongan ketika diperlukan membuatkan dirinya rasa disayangi.

Sumber: Mirror.UK

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.