Siakap Keli

(Video) Nak Bagitahu Lulus ‘Audition’, Gadis Luluh Panggilan Dijawab Dengan Khabar Kematian Ibu

Sebak dan menyentuh emosi. Itu apa yang dapat digambarkan mengenai kisah seorang gadis yang terpaksa berdepan dengan kehilangan ibu tersayang dalam keadaan yang tidak dijangka.

Siti Nur Jannah yang berusia 14 tahun, menyertai ujibakat sebuah program nyanyian di Indonesia baru-baru ini.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik, gadis tersebut yang mempunyai suara yang lunak, kelihatan bersemangat mempersembahkan nyanyiannya kepada juri.

Ketika ditanya tujuannya menyertai pertandingan tersebut, Jannah menjawab sekiranya menang dia ingin menyembuhkan mamanya yang sedang sakit.

Dia yang sudah kehilangan bapa sejak tiga tahun lalu, hanya bergantung harap kepada saudara-mara mereka untuk menampung biaya kewangan keluarga.

Di atas bakat nyanyian yang ditunjukkan, gadis ini mendapat berita gembira daripada juri apabila berjaya mara ke peringkat seterusnya.

Jannah sempat memberi ucapan bahawa dia begitu menyayangi ibunya itu dan mendoakan supaya ibunya terus sihat.

”Mama.. mama jangan pergi dulu.. semoga mama sihat-sihat, biar Jannah boleh bersama mama selamanya..” kata Jannah.

Pihak produksi lantas membuat panggilan kepada keluarganya untuk berkongsi kejayaan Jannah.

Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila panggilan yang dibuat untuk memberi khabar gembira bertukar ‘mimpi ngeri’.

Khabar duka itu disambut dengan tangisan yang sungguh sedih dan memilukan hati ramai. Ikuti video di bawah.

Luluh hati ini..

Allah lebih sayangkan mama..

Tonton video dari awal :

Semoga Allah menempatkan ibunda Jannah dalam kalangan orang yang beriman dan diberikan kekuatan dan kejayaan kepada gadis yang berhati kuat ini. Amin.

Sumber : Twitter RealAzimK, Youtube Indosiar

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: