Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Disangka "Scammer", Rupanya Panggilan Dari PLKN

Panggilan Dari PLKN
Kredit: Bernama/ @n99yz_

Disangka "Scammer", Rupanya Panggilan Dari PLKN

Sebut sahaja Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), pasti ramai yang membayangkan latihan kawad kaki di tengah padang, dijemur bawah matahari, aktiviti lasak dan maam-macam lagi.

Jadi, tak hairan kalau ramai yang berasa takut ataupun gementar apabila nama mereka disenaraikan sebagai salah seorang peserta PLKN.

Tapi hakikatnya, pengalaman itu selalunya jadi sesuatu yang membentuk keyakinan diri dan disiplin yang tak dapat di tempat lain.

"Kita bukan scammer la.."

Baru-baru ini, satu perkongsian dari salah seorang pengguna Threads, @n99yz_ telah mencuri perhatian apabila dia berkongsi tangkap layar nombor telefon yang bermula dengan 03.

Menyangka itu nombor telefon 'scammer', dia tidak menjawab panggilan tersebut.

"Haritu ada orang post kat Threads kan yang pasal nombor 03 tu, kali ni kena kat diri sendiri," tulisnya.

Namun, apa yang mencuri perhatian ialah perkongsian tersebut kemudiannya mendapat reaksi daripada akaun rasmi PLKN 3.0 yang memaklumkan nombor telefon yang diterima itu merupakan salah satu daripada talian khusus program itu.

"Kita bukan scammer la awak. Saya mula balik eh. Assalamualaikum kami dari PLKN. Nak tanya, awak dah buat semakan dalam sistem ke? Atau awak pernah daftar sebagai sukarela sebelum ni?'

"Nanti kalau nombor ni telefon lagi angkat okay, kita sambung borak," pesannya.

Gadis itu juga membalas komen tersebut menyatakan dia telah membuat rayuan sebanyak tiga ke empat kali sebelum ini.

"3,4 tahun saya merayu nak masuk. Alhamdulillah la ek," ujarnya.

Nombor rasmi PLKN

Dalam masa yang sama, PLKN juga sempat berkongsi nombor telefon sah mereka.

Kredit: @PLKN 3.0

Orang ramai juga boleh membuat semakan di https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form untuk mengetahui sama ada anda layak ataupun tidak.