Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Saintis membuat anggaran terdapat kira-kira 8.7 juta spesies di dunia ini dengan 1 hingga 2 juta daripadanya adalah dari kategori haiwan.
Spesies-spesies ini datang dengan keunikan tersendiri dari cara makan, membiak dan melindungi diri.
Baru-baru ini, laman Amazing Science berkongsi satu video menakjubkan menunjukkan bagaimana seekor cacing spesies Planaria sp boleh menjadi dua, tiga atau empat ekor setelah badannya dipotong.
Lebih menarik, ia boleh terbahagi sama ada dipotong secara melintang mahupun menegak dengan membaik pulih tisu pada kawasan yang telah dipotong. Proses ini mengambil masa hanya beberapa hari sebelum cacing yang sempurna sifatnya berjaya ‘dilahirkan’.
Sumber: Amazing Science