Siakap Keli
Kredit: Google

Angka Kematian Virus Wuhan Meningkat Kepada 25 Orang, Bilangan Kes Meningkat Mendadak

China – Jumlah kematian akibat coronavirus meningkat kepada 25 orang dengan pertambahan mendadak sehingga 830 kes, lapor Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China pagi tadi.

Enam kematian dicatatkan akibat virus itu dalam tempoh 24 jam manakala bilangan kes meningkat sebanyak lebih 200 kes.

Satu kematian dicatatkan luar daripada pusat permulaan virus iaitu 965 kilometer dari Wuhan.

Pesakit yang merupakan lelaki berusia 80 tahun tinggal di Wuhan lebih 2 bulan, lapor Jabatan Kesihatan Hebei.

Wuhan merupakan bandar dengan populasi 11 juta penduduk di mana 17 kematian akibat virus dilaporkan sebelum ini dengan lebih 444 kes di bandar itu.

Sumber: The Guardian

Amira

Love yourself.