Siakap Keli

Tak Takut Dijangkiti, Jururawat Di Wuhan Sanggup Hadap Ratusan Pesakit Koronavirus

Virus Wuhan yang sedang melanda beberapa buah negara telah menyebabkan kebimbangan dalam komuniti dunia. Pelbagai usaha telah dilaksanakan seperti menyekat kemasukan pelancong dari China dan juga mengenakan tindakan kuarantin bagi yang disyaki atau positif virus tersebut.

Virus Wuhan telah menyaksikan 17 kematian dan lebih daripada 400 kes yang dilaporkan di Wuhan saja. Dengan jumlah kes banyak seperti itu, sudah pasti petugas-petugas kesihatan seperti doktor dan jururawat terpaksa bekerja keras.

Menurut portal Mothersip.sg, sekitar 15 orang kakitangan perubatan telah dijangkiti virus berkenaan semasa mereka menjalankan tugas. Pun begitu, catatan tersebut tidak dijadikan alasan bagi kakitangan lain untuk menarik diri, malah ada yang tidak kisah dengan jadual yang padat.

Seperti yang dikatakan oleh seorang jururawat ketika disoal oleh wartawan dari Wuhan, dia tidak risau sekiranya dijangkiti virus. Tambahnya lagi, sekiranya dijangkiti, dia juga yakin bahawa rakan-rakan petugas yang lain akan menyelamatkannya.

“Saya fikir saya akan berada dalam keadaan baik masih muda, Tapi sekiranya saya dijangkiti virus, saya yakin bahawa jururawat yang lain akan menyelamatkan saya”

Setiap jururawat yang bertugas perlu memakai alat perlindungan seperti sut dan topeng muka. Seperti yang digambarkan, proses untuk memakai sut perlindungan itu memakan masa sekitar 15 hingga 20 minit. Mereka juga perlu menukar topeng muka sekali bagi setiap empat jam.

Peningkatan mangsa daripada virus Wuhan ini telah memaksa para kakitangan perubatan untuk bekerja lebih masa dan mengharungi jadual yang padat. Kebiasaannya, mereka perlu bekerja dalam tiga syif bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan terkawal. Malah, ada yang terpaksa bekerja lebih masa bagi menangani kes-kes virus ini.

Tanggungjawab yang dipikul oleh kakitangan perubatan sememangnya besar terutamanya bagi yang bertugas di daerah Wuhan. Ekoran itu, komuniti setempat turut memberikan sokongan serta mendoakan agar urusan kakitangan perubatan dipermudahkan.

Sumber: Mothership.sg

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)