Siakap Keli
Kredit Foto: Community Care

Bagi Pinjam Dengan ”Agreement”, Ini Cara Mudah Nak Tuntut Hutang Dari Kawan

Setiap apa yang telah kita pinjam haruslah dipulangkan kembali. Begitu juga dengan pinjaman duit. Sama ada nilainya kecil ataupun besar, ianya harus dibayar seperti mana ketika meminjamnya dahulu.

Kebelakangan ini, banyak timbulnya masalah peminjam tidak bayar semula wang yang telah dipinjam. Hal ini telah menyebabkan pemberi pinjam terpaksa mengemis demi mendapatkan semula duitnya.

Pernah berdepan dengan peminjam yang meminjam duit tapi tak bayar-bayar? Ikuti perkongsian daripada Jumpa Kat Mahkamah untuk berdepan dengan masalah orang susah nak bayar balik hutang yang telah dipinjam.

“Min, tolong saya. Kawan pinjam duit tapi takde hitam putih (agreement)”

Dah tahun 2020 kak, masih bagi kawan pinjam ‘kosong’ ke? Buatlah simple agreement. Minta kawan sign, lepas tu simpan. Esok senang nak ambil tindakan Mahkamah.

Kredit Foto: Jumpa Kat Mahkamah

Kalau kawan minta pinjam, jangan bagi lebih daripada RM5k. Sebab? Esok kalau kawan tak bayar senang awak saman dia sendiri di Mahkamah Tuntutan Kecil. Tak payah susah-susah lantik peguam.

Tak tahu macam mana nak buat agreement pinjaman wang? Nah, kami bagi sample dari website mylegalweb.net

http://mylegalweb.net/…/2018/09/friendly-loan-agreement.docx

Masukkan nama peminjam dan pemberi pinjam, masukkan amount pinjaman, kemudian pergi ke LHDN untuk stamping. Jangan risau kos stamping murah je. Suruh peminjam tanggung kos stamping.

Jadi nanti tak payah susah-susah call, whatsapp, minta dia bayar hutang. Macam awak pula yang mengemis. Kalau ada agreement, tak payah cakap banyak, cakap je “kita JUMPA KAT MAHKAMAH je la ye!”

“Bestnya page ni, info pun dapat, sample perjanjian pun dapat!”

Tahu pun! Dah like page kami belum?

***

Join group ‘PEGUAM & PENGGUNA MALAYSIA 🇲🇾’ jika anda mempunyai persoalan berkaitan hak dan undang-undang atau mencari penyelesaian kepada masalah yang anda hadapi. This is No.1 legal support group in Malaysia 🇲🇾! Click to join now!👇🏻👇🏻👇🏻
https://www.facebook.com/groups/332053270624408/

Subscribe to our Youtube channel 📺
https://www.youtube.com/channel/UCcaRJOZOn47_JQDsfE8pE7A

Follow us on Instagram 📷
instagram.com/jumpakatmahkamah

Follow us on Twitter 🐦
twitter.com/JumpaKatCourt

Visit our website 🌐
jumpakatmahkamah.blogspot.com

Sumber: Jumpa Kat Mahkamah

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.