Siakap Keli
Kredit Foto: Motor Biscuit

Jualan Di China & Eropah Merosot, Bekas CEO Dakwa Nissan Bangkrap 3 Tahun Lagi

Nissan dijangka akan bankrap dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Carlos Ghosn menerusi peguam belanya.

Carlos Ghosn merupakan bekas CEO Nissan telah menyatakan kenyataan tersebut menerusi peguam belanya sebelum meninggalkan negara Jepun.

Kredit Foto: zimbio

Kenyataan yang diutarakan oleh Charlos Ghosn mungkin disebabkan oleh penurunan jumlah jualannya di negara China dan Eropah pada kebelakangan ini.

Hal ini juga telah mendorong kepada kemerosotan keuntungan syarikat Nissan yang bertapak di Yokohama itu.

Selain itu, Nissan juga akan memecat 12 500 orang pekerjanya di seluruh dunia.

Carlos Ghosn telah melarikan diri dari Jepun dan menghadapi beberapa pertuduhan salah laku kewangan terhadap syarikat tersebut.

Dia didakwa menggunakan wang syarikat untuk kegunaan peribadinya dan juga keluarga.

Sumber: Bloomberg

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.