Siakap Keli

Penduduk Keluar Dari Wuhan Sambut Tahun Baru Cina, Mampu Jadi Punca Virus Tersebar Lebih Luas

China telah menghentikan Penggunaan pengangkutan awam susulan daripada penyebaran wabak koronavirus yang melanda di Wuhan hingga ke wilayah lain.

Wuhan dan bandar-bandar lain di Hubei telah mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dengan menghentikan pengangkutan awam.

Manakala, Beijing dan Hong Kong pula telah membatalkan beberapa perayaan utama bagi mengelakkan ramai orang berkumpul bersama dan menyebarkan virus itu.

Menurut pihak berkuasa, Pesta kuil dilarang, siaran filem ditunda dan Kota Terlarang juga turut akan ditutup kepada orang ramai.

Hong Kong membatalkan karnival antarabangsa dan kejohanan bola sepak tahunan.

Menurut pemangku ketua eksekutif, Matthew Cheung, segala bentuk aktiviti yang melibatkan orang ramai tidak sesuai dilakukan saat ini.

Namun begitu,  dikatakan bahawa beribu-ribu penduduk telah meninggalkan Wuhan untuk merayakan Tahun Baru Lunar di tempat lain dalam tempoh inkubasi lima hari.

Tanpa mereka sedar mungkin perkara tersebut boleh membawa penularan virus tersebut kepada orang awam yang lain.

Sumber : BBC

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)