Siakap Keli
Kredit: Xinhua.net

(Video) Hospital Penuh, China Mahu Bina Hospital Khusus Untuk Koronavirus Dalam Tempoh 6 Hari

Wuhan, China – Kerajaan negara ini menyasarkan untuk membangunkan sebuah hospital khusus untuk pesakit coronavirus dalam tempoh enam hari.

Hospital ini serupa dengan Xiaotangshan yang dibina pada 2003 lalu yang menempatkan pesakit virus severe acute respiratory syndrome (SARS) yang pernah menyerang negara itu.

Pada ketika itu, hospital berkenaan berjaya dibina dalam tempoh hanya 7 hari dengan kapasiti sebanyak 1000 tempat tidur, lapor Kompas.

Menurut media tempatan, kerajaan memerintahkan syarikat pembinaan untuk membina pelan dan membangunkan fasiliti darurat di wilayah Caidian.

Fasiliti kesihatan itu yang dirancang siap pada Sabtu (25/1/2020) ini bakal mempunyai keluasan sekitar 6 hektar.

Pembinaan kecemasan ini dilakukan bagi mengatasi masalah peningkatan mendadak bilangan pesakit coronavirus serta kekurangan katil di hospital sedia ada.

Menurut portal Shanghaiist, hospital tersebut bakal menjadi tempat penempatan sementara bagi merawat pesakit yang dijangkiti virus berkenaan.

Tambah portal itu, pakar virus yang sebelum ini mengenalpasti punca SARS menjangkakan sebanyak 8000 kes jangkitan virus Wuhan bakal berlaku iaitu 10 kali ganda pesakit SARS.

Pada 2003, kerajaan telah membina hospital khusus untuk merawat pesakit SARS di timur laut Xiaotangshan dilengkapi bilik X-ray dan imbasan CT serta bilik bedah. Ia turut dilengkapi unit rawatan rapi, bilik konsultasi dan makmal.

Hospital berkenaan dibina dengan wad satu tingkat menggunakan bahan binaan ringan dengan keluasan 25,000 meter persegi. Bangunan itu dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu kawasan tercemar, kawasan separa tercemar dan kawasan bersih.

Hospital berkenaan dilaporkan berjaya merawat 1/7 pesakit SARS negara itu dalam tempoh 2 bulan.

Sumber: Kompas, Shanghaiist, Caixin

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: