Siakap Keli

(Video) Ibarat Diserang ‘Zombie’, Keadaan Orang Wuhan Selepas Dikuarantin Kerana Koronavirus

Baru-baru ini, dunia telah dikejutkan dengan wabak koronavirus yang dikatakan berasal daripada bandar Wuhan, China.

Sejak mula-mula virus ini dikesan, sebanyak 59 orang telah disyaki dijangkiti koronavirus dengan 7 orang daripadanya dilaporkan kritikal pada ketika itu. Pelbagai ujian telah dilakukan, dan sejak dari itu, angka kes serta kematian disebabkan virus ini dilaporkan semakin meningkat.

Sehingga ke hari ini, sebanyak 600 kes telah disahkan dikesan dan saintis menganggarkan bahawa seramai 9,700 orang di Wuhan Sahaja bakal dijangkiti dengan virus ini. Setakat ini, seramai 18 orang telah dilaporkan mati dan 10 negara yang mengesahkan kes jangkitan akibat wabak ini.

Susulan daripada peningkatan angka kes dan kematian ini, beberapa buah negara telah mengambil langkah pencegahan dengan mengetatkan kawalan di seluruh lapangan terbang menjelang perayaan Tahun Baru Cina ini.

Kerajaan China juga telah mengambil inisiatif untuk membendung virus ini dengan mengkuarantinkan seluruh bandar Wuhan. Ianya secara tidak langsung telah mencetuskan panik kepada penduduk di daerah itu sehinggakan beribu-ribu warga Wuhan dilaporkan bergegas ke stesen keretapi untuk keluar daripada bandar tersebut.

Beberapa video yang tular di media sosial dapat menunjukkan betapa serius dan paniknya situasi di Wuhan susulan daripada virus maut yang tercetus itu.

Kelihatan van polis turut menyekat jalan bagi menghalang warga Wuhan keluar daripada bandar tersebut.

Hospital di daerah Wuhan juga turut dilaporkan dibanjiri dengan penduduk setempat yang risau serta panik akan virus tersebut.

Sebuah rakaman yang didakwa berlaku di sebuah pejabat di Wuhan menunjukkan pekerja-pekerja yang risau akan kesihatan mereka telah menyelubungi tempat kerja mereka itu dengan plastik bagi membendung virus tersebut daripada menjangkiti mereka.

Seorang netizen yang menyiarkan rakaman berkenaan dengan sebenarnya terdapat ramai warga China yang seakan ‘mati bagaikan lalat’ turut mendakwa bahawa kerajaan China cuba selindungkan kes koronavirus yang terjadi di negara tersebut. Rakaman tersebut dapat mencetuskan kebimbangan dan panik kepada warga dunia.

Susulan daripada penularan virus ini, orang ramai yang bercadang untuk ke luar negara dinasihatkan supaya berhati-hati dan ambil langkah pencegahan dengan memakai topeng dan sebagainya bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti dengan virus yang boleh membawa maut ini.

BACA: Ibarat Nak Pilih Pasangan Hidup, 7 ‘Checklist’ Ni Boleh Bantu Anda Dapatkan ‘Partner’ Yang Ideal

Sumber: Daily Mail/Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right