Siakap Keli

(Video) Pesakit Koronavirus Diusung Dalam Tiub Bertutup Takut Merebak

Satu rakaman menunjukkan pesakit koronavirus dihantar ke hospital dengan keadaan keseluruhan badan dimasukkan kedalam tiub plastik yang tertutup bagi mengelakkan ianya menjangkiti orang lain.

Klip 17 saat yang tular menunjukkan pesakit telah ‘dikurung’ di dalam satu tiub plastik dengan beberapa pegawai bertugas yang mengenakan uniform menitup-litup.

Sehingga kini, seramai 26 orang telah dijangkiti di wilayah Guangdong dengan tiga orang dalam keadaan kritikal.

Kementerian Kewangan negara itu telah memperuntuk 1 bilion yuan (US$144 juta) untuk memerangi wabak di Wuhan.

Virus ini sama dengan virus yang mempunyai kaitan dengan sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS)


Pada Khamis lapangan terbang dan stesen kereta api di Wuhan ditutup kepada penumpang untuk perjalanan keluar, pengangkutan awam turut digantung.

Sumber: The Sun, Bernama

Nur Farra