Siakap Keli

“Kalau Anak I Dia Bagi Ikan Je,” Menantu Kecewa, Mertua Berkira Dengan Cucu

Cabaran mendirikan rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah. Malah, mempunyai banyak halangan dan dugaan yang perlu ditempuhi para suami dan isteri. Lebih-lebih lagi apabila ditakdirkan untuk menjalani kehidupan harian di rumah mentua.

Masalah yang bakal timbul pastinya berkaitan dengan ketidakpuasan hati terhadap ibu mentua dan keluarganya terutama sekali apabila menjadi satu-satunya menantu perempuan tunggal di rumah tersebut.

Namun, pernahkah terfikir apa kesalahan diri yang menyebabkan keluarga mentua layan acuh tak acuh kepada kita?

Ingatlah, tak semua orang boleh terima cara kita, tapi kita sendiri yang perlu belajar untuk terima cara orang ketika berada di tempat mereka.

Hari ini, laman Facebook Kisah Rumah Tangga memaparkan satu perkongsian luahan perasaan seorang menantu perempuan tunggal yang tinggal bersama keluarga mentuannya.

“I dah kahwin 15 tahun. Anak 7 orang. I tinggal rumah mentua.”

Anak-anak mentua semua bekerja dan tidak duduk dengan mentua kecuali anak perempuan sulung si anak dara tua. Macam ni min. Suami I tak ada kerja sebab tak ada rezeki. Selama 2 tahun sudah suami tidak kerja.

Yang menyedihkan, mentua berkira dengan anak-anak I. Susu pampers anak I payah nak tolong beli. Bila dia beli mula lah buat muka.

Bila anak-anak I makan dan pingan mangkuk letak di sinki. Mentua basuh sambil baling. Anak sulung si anak dara tua pun agak malas. Dia basuh baju sendiri dan baju mak dia je. Bila dia beli makanan sedap-sedap untuk diri sendiri dan mak dia je.

Kalau anak I dia bagi ikan je sedangkan dia tahu anak I tak makan ikan. I sedih sangat dilayan macam ni. Wajar ke I dilayan macam ni sedangkan I satu-satu menantu perempuan?

Namun, kisah ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dan mengecam hantaran status tersebut.

“Kesian kat anak-anak, mak ayah kuat tapi harapkan opah mereka”

“Tak padan menumpang semua nak kena hulur bagi”

“Asyik keja tambah anak ja”

“Akak ni post macam ni mengundang dosa bagi kami”

 

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Nur Farra