Siakap Keli
Gamabr: Bernama/Google

KKM Masih Menunggu Hasil Ujian Makmal Libatkan Rakyat Tempatan Disyaki Koronavirus, Pernah Melawat China

Putrajaya, 25 Jan – Kementerian Kesihatan masih menunggu satu lagi ujian makmal terhadap seorang individu suspek koronavirus di Malaysia.

Individu berkenaan yang kini dirawat di wad pengasingan merupakan seorang warga tempatan yang pernah melawat China sebelum ini.

Setakat ini, seramai 11 orang warga tempatan telah menjalankan ujian dan 10 disahkan negatif koronavirus manakala seorang lagi masih belum mendapat pengesahan.

Ujian tersebut dijalankan di Hospital Kuala Lumpur manakala tiga warga China yang disahkan positif sebelum ini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.