Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gambar sekadar hiasan

Pemandu Mabuk : Kementerian Pengangkutan Pertimbang Ketatkan Undang-Undang

Sha Rossa

Klang : Kementerian Pengangkutan bersedia mengkaji dan memperketatkan undang-undang sedia ada, berkaitan kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk kata Timbalan Menterinya Datuk Kamarudin Jaffar.

Katanya langkah itu dilihat perlu dilakukan, berikutan kekerapan berlakunya nahas membabitkan pemandu mabuk sejak kebelakangan ini.

“Secara umumnya, kementerian pasti akan memberi lebih perhatian kepada kelakuan pemandu, yang mana melibatkan pemandu mabuk alkohol dan dadah.

“… dan kita sedia pertimbangkan untuk mengkaji semula undang-undang babitkan pemandu ini, yang mana isu ini telah banyak dibangkitkan (oleh pelbagai pihak),” katanya kepada sumber selepas melawat Muhammad Anas Mokti yang sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), susulan terlibat nahas di Jalan Kebun di sini, pagi semalam.

Muhammad Anas, 27, cedera parah selepas motosikal jenis Honda EX5, yang dinaiki bersama rakannya, Muhammad Hazid Mohd Kamil, 27, terbabas ke dalam longkang, selepas dirempuh dari arah hadapan oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Turut dirempuh kenderaan sama pada kejadian 7.20 pagi itu, seorang lagi penunggang motosikal Muhammad Zulfakkar Borhan, 29, yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Mengulas lanjut mengenai insiden nahas itu, Kamaruddin berkata pihaknya memandang serius insiden yang berlaku itu dan tindakan sewajarnya akan dikenakan ke atas pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut.

“Untuk kes ini, tidak wujud isu pemandu mabuk kerana saringan awal polis menunjukkan, kandungan alkohol pemandu itu berada pada tahap terkawal.

“(Namun) Apa yang boleh kita katakan, pemandu ini memandu dalam keadaan berbahaya dan kita akan memastikan bahawa (kes) pelanggaran seperti ini, diberi perhatian serius supaya dapat memberi pengajaran serta amaran kepada semua pengguna, agar lebih berhati-hati dan berdisplin ketika di jalan raya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak HTAR turut memberi jaminan akan memberikan rawatan sewajarnya kepada Muhammad Anas yang kini stabil, walaupun patah tulang pinggul dan peha kanan akibat kemalangan tersebut.

Sementara itu, kakak Muhammad Anas, Latifah Mokti, 49, yang ditemui pemberita kemudiannya berkata, beliau terkejut apabila dimaklumkan kejadian yang menimpa adik bongsunya itu.

Beliau berkata Muhammad Anas dan dua lagi mangsa merupakan rakan sekerja dan sentiasa ke tempat kerja di sebuah kilang dekat sini, bersama-sama menaiki motosikal.

“Kawan Anas (Muhammad Anas) menelefon saya kira-kira pukul 8 pagi dan beritahu yang Anas kemalangan. Saya yang ketika itu berada di rumah terkejut mendengar berita tersebut dan bergegas ke HTAR…sepanjang lima tahun Anas membonceng motosikal ditunggang Hazid (Muhammad Hazid) untuk ke kilang (tempat kerja), ini kali pertama mereka kemalangan.

“Bagaimanapun kami sekeluarga bersyukur kerana Anas yang merupakan anak bongsu dari enam beradik ini terselamat,” katanya.

Sumber : Bernama