Kuala Lumpur -Tiga warga China yang disahkan positif koronavirus merupakan ahli keluarga terdekat mangsa pertama koronavirus di Singapura, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ketiga-tiga pesakit dilaporkan sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh dan dalam keadaan stabil.
“Kesemua mereka telah melalui saringan kesihatan ketika memasuki pintu masuk antarabangsa tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda,” lapor KKM.
Tiga yang positif itu adalah isteri kepada kes pertama di Singapura berumur 66 thn dan dua cucu mereka (11 tahun dan 2 thn).
Kesemua mereka telah melalui saringan kesihatan ketika memasuki pintu masuk antarabangsa tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) January 25, 2020
Menurut KKM, Jabatan Kesihatan Negeri Johor berjaya mengesan mereka selepas mendapat maklumat daripada Kementerian Kesihatan Singapura sebelum menjalankan ujian pengesanan semula.
“Sampel klinikal di hantar ke Makmal Kesihatan Awam Kesihatan Sg Buloh dan disahkan positif lewat malam tadi,” tulis KKM.
Malaysia telah tersenarai antara 14 negara yang dimasuki koronavirus asal Wuhan antaranya Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
Sumner: KKM