Siakap Keli
Gambar: Bernama

(Video) Tiada Rancangan Larang Pelancong Dari China Masuk Malaysia Buat Masa Ini- PM

Kuala Lumpur, 25 Jan – Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menyatakan kerajaan tidak merancang untuk menyekat kemasukan pelancong China ke Malaysia buat masa ini.

Susulan penularan pantas wabak koronavirus di China dan sekurang-kurangnya 14 negara termasuk Malaysia, rakyat menggesa kerajaan menyekat kemasukan pelancong China.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media pagi tadi berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Terdahulu, kerajaan menyasarkan kemasukan pelancong dari China dan India sebanyak 4 juta dan 1 juta pada 2020. Pelaksanaan itu bakal melibatkan pengecualian visa selama 15 hari buat pelancong dari dua negara berkenaan.

“Pada masa sekarang belum lagi tetapi kita akan memeriksa semua pelancong yang datang ke sini terutama mereka dari China,” katanya ketika ditanya jika kerajaan akan mengkaji semula program pengecualian visa itu.

Koronavirus telah menjangkiti tiga warga China yang memasuk Malaysia melalui Johor.

Sementara itu, seramai 11 orang rakyat tempatan telah menjalani ujian mengesan virus berkenaan. Dari jumlah tersebut, 10 orang disahkan negatif manakala seorang lagi masih menunggu keputusan ujian makmal.

 

https://platform.twitter.com/widgets.js

Amira

Love yourself.