Siakap Keli

Pasangan Kekasih Ditahan Disyaki Sembunyikan Kelahiran, Buang Mayat Bayi

IPOH, 25 Jan (Bernama) — Sepasang kekasih ditahan di Seri Iskandar dekat sini hari ini kerana disyaki menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat bayi berkenaan ke dalam Sungai Perak, kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso.

Beliau berkata wanita berusia 22 tahun ditahan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung bau kurang menyenangkan dari rumah suspek di Seri Iskandar kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi.

“Wanita itu mengaku telah melahirkan bayi perempuan ketika kandungan tujuh bulan dalam keadaan bernyawa dan kemudian meninggal dunia di dalam bilik tidurnya pada pukul 3 pagi Selasa lepas tanpa pengetahuan keluarga yang tinggal serumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata wanita itu kemudian membungkus bayi itu dan menyimpannya dalam almari selama tiga hari sebelum diberikan kepada teman lelakinya lalu dibuang ke dalam Sungai Perak, berdekatan rumah pam Lembaga Air Perak, Teluk Kepayang, Bota dekat sini awal pagi tadi.

Barudin berkata hasil soal siasat mendapati wanita yang tidak bekerja itu hamil hasil hubungan seks dengan teman lelakinya berusia 22 tahun yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di Alor Gajah, Melaka.

“Polis kemudian menahan teman lelakinya di rumahnya juga di Seri Iskandar yang mengaku telah membuang mayat bayi berkenaan ke dalam sungai,” katanya.

Katanya pihak polis bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat telah melakukan usaha mencari mayat bayi itu namun masih gagal ditemukan sehingga lewat petang tadi.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat bayi secara sulit.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: