Siakap Keli
Kredit: Google

Polis Tahan Semula Pesakit Disyaki Dijangkiti Koronavirus Didakwa Lari Dari Hospital, Mengelak Dari Dikuarantin

Kuala Lumpur, 26 Jan: Polis menahan semula kanak-kanak warga China bersama ibubapanya yang didakwa cuba melarikan diri ke luar negara kerana enggan dikuarantin akibat disyaki dijangkit koronavirus.

Mereka sekeluarga ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai malam tadi, kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.

Dalam satu gambar dipercayai laporan polis yang tular di media sosial, seorang individu dipercayai staf kesihatan yang merawat kanak-kanak itu berkata mereka enggan dikuarantin setelah menunjukkan simptom koronavirus.

“Saya bersama pakar kanak-kanak telah memberitahu kepada ibu bapa pesakit yang mana pesakit harus dipindahkan ke hospital untuk dikuarantin dan untuk siasatan lanjutan tetapi bapanya tidak mahu memasukkan ke dalam hospital atas sebab mereka mempunyai tiket penerbangan ke China pada 25/01 jam 10 pagi,” mengikut laporan tersebut.

Berikut merupakan salinan polis yang tular di media sosial sejak semalam.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.