Siakap Keli
Kredit: Google

Staf Hospital Wuhan Dilapor Terpaksa Pakai ”Pampers”, Sibuk Urus Pesakit Koronavirus & Tak Sempat Ke Tandas

Wuhan, China – Susulan hospital dipenuhi pesakit koronavirus dan orang ramai yang khuatir dijangkiti virus berkenaan, ada antara staf hospital dikatakan terpaksa memakai lampin dewasa.

Menurut Business Insider, staf hospital memakai lampin ketika bekerja gara-gara tidak mempunyai masa untuk menggunakan tandas kerana sibuk merawat pesakit koronavirus.

Di samping itu, mereka juga ingin mengelakkan dari terpaksa membuka pakaian perlindungan kerana khuatir pakaian tersebut rosak.

Bekalan sut perlindungan mengalami kekurangan yang teruk sehingga ada yang menyifatkan mereka yang berjaya memperoleh sut itu bagai memenangi loteri.

“Kami tahu sut perlindungan yang kami pakai ini mungkin yang terakhir, kami tak boleh bazirkan walaupun satu,” kata seorang doktor.

(Kredit: Google)

Pelaksanaan kuarantin terhadap bandar yang mempunyai hampir 11 juta penduduk ini menyebabkan hospital tempatan menjadi tumpuan pesakit dan ahli keluarga.

Staf kesihatan didakwa tidak mendapat rehat yang cukup berikutan kesibukan melampau.

Bahkan, tangan mereka dikatakan menjadi ‘putih’ kerana kerap menggunakan pembasmi kuman.

Berdasarkan laporan The Washington Post, seorang pakar penyakit berjangkit, Dr Jiang Jijun meninggal dunia akibat serangan jantung pada Khamis lalu ketika sedang merawat pesakit.

Bahkan, seorang jururawat yang hamil tujuh bulan turut dijangkiti virus itu ketika merawat pesakit.

Hospital di sana turut kekurangan katil, doktor, jururawat dan sarung tangan serta kelengkapan perlindungan dari jangkitan.

Sumber: The Washington Post, Business Insider

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.