Siakap Keli

Staf KKM Siap Siaga, Pertaruh ‘Nyawa’ Demi Nak Saring & Kekang Koronavirus Dari Merebak

Baru-baru ini, negara kita telah dikejutkan dengan kedatangan virus maut dari Wuhan yang dikesan ke atas 4 orang warga China itu telah menyebabkan 41 kematian dan ratusan orang yang dijangkiti di seluruh dunia telah dikuarantin.

Kesemua yang disahkan positif dijangkiti dengan virus itu telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dikuarantin dan mendapatkan rawatan. Sudah pasti ramai diantara kita yang akan mengelak sekiranya terpaksa berhadapan dengan warga China ini.

Namun, lain pula ceritanya bagi kakitangan perubatan Hospital Sungai Buloh. Demi negara serta tanggungjawab yang digalas, mereka terpaksa merisikokan nyawa mereka untuk berhadapan dengan virus yang boleh membawa maut ini.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Bel Nawhen, ada berkongsikan nukilan berkenaan berkenaan rakan-rakannya yang terpaksa menghadapi risiko berhadapan dengan virus ini bagi mengekang virus ini dari tersebar di dalam negara. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Rakan doktor saya, rakan jururawat saya, rakan ppp saya, rakan ppk, rakan PPKP saya serta rakan mlt saya semua sedang bersiap siaga menyaring serta mengekang rebakan coronavirus dari berlaku.

Ya, mereka yang anda sering viralkan, mereka yang sering anda tuduh makan gaji buta, mereka yang tidak habis-habis anda perkecilkan itu yang akan mula-mula berdepan dengan virus ini.

Masih lagi rasa mereka ini tidak ada gunanya di mata anda?

Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah sentiasa bersyukur kerana untuk setakat ini, tiada kematian lagi dilaporkan yang membabitkan warga Malaysia. Hasil tindakan awal yang dilakukan oleh kerajaan serta staf perubatan seharusnya dipuji.

Sama-samalah kita mendoakan kesihatan warga Hospital Sungai Buloh ini agar sentiasa dilindungi dan sihat dalam menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan bagi membendung virus ini daripada tersebar di negara kita.

Sumber: Bel Nawhen

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.