Siakap Keli

Wan Azizah Pengerusi Mesyuarat Bincang Mengenai Isu Wabak Koronavirus

PUTRAJAYA, 26 Jan (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mempengerusikan mesyuarat berkenaan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV).

Mesyuarat yang diadakan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri itu turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Dr Dzulkefly difahamkan akan membentangkan mengenai data dan status terkini mengenai wabak yang dipercayai berasal dari Wuhan, China pada mesyuarat berkenaan.

Setakat ini, empat orang warganegara China yang melawat Malaysia disahkan telah dijangkiti virus berkenaan.

Yang turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud serta Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: