Siakap Keli

Koronavirus: Stok Topeng Muka ‘Laku Keras’, Dipercayai Dijual Cecah Ribuan Ringgit

Ditengah-tengah kekalutan peningkatan kes jangkitan dan kematian daripada wabak koronavirus ini, orang ramai dalam pada itu berlumba-lumba mendapatkan perlindungan segera seperti topeng muka.

Sementara itu, beberapa penjual turut memanfaatkan peluang ini dengan meletakkan harga yang lebih tinggi daripada biasanya.

Menurut laporan, penyebaran wabak ini telah membuatkan kesemua stok topeng muka kehabisan di semua kedai-kedai di China.

Menurut Cao Jun, pengurus besar kilang pengeluaran Lanhine memberitahu, “Permintaan pelanggan telah mencapai 200 juta kumulatif topeng sehari.”

“Keluaran kita biasanya hanya melibatkan jumlah 400,000 sehari.”

“Pada masa ini kami mempunyai 20 orang di kilang yang bekerja 24 jam bagi memenuhi permintaan pengguna. Kami berhasrat meningkatkan pengeluaran pada 27 Januari dengan kapasiti penuh.”

Memetik laporan, peruncit di laman jualan atas talian, Taobao telah menjual 80,000 juta topeng muka pada hari Isnin dan Selasa.

Sementara itu, jurucakap Honeywell turut berkongsi bahawa syarikat mereka mengalami peningkatan permintaan di Amerika Utara, Eropah, dan China namun enggan mendedahkan jumlah jualan.

Di laman Twitter turut tular penjualan harga topeng muka dijual dipercayai dengan harga ratusan malah ribuan ringgit.

Sumber: Marketwatch

Nur Farra