Siakap Keli

Hanya Dalam Masa 4 Hari, China Hampir Siap Bina Hospital Khas Koronavirus

Sebuah hospital baru hampir siap dibina hanya dalam masa empat hari  di China dalam usaha untuk memerangi wabak koronavirus yang semakin menular.

Institusi 1,000 katil perubatan di Wuhan telah berjalan dengan laju selama beberapa hari dan dijangka siap menjelang hujung minggu.

Hospital yang dibina secara tergesa-gera itu dinamakan Hospital Huoshenshan yang bermaksud “Fire God Mountain Hospital”.

Wuhan adalah wilayah di China yang mana Koronavirus pertama kali dikesan dan hopital ini dibina di bandar tersebut.

Selain itu, ia dikatakan dibina dari beberapa bangunan sementara dan bekas perkapalan. Hospital itu dikhabarkan bakal mengambil pesakit pertamanya pada 3 Februari.

China mengatakan ia telah membina empat hospital secara keseluruhan dalam tindak balas yang cepat tehadap virus yang telah membunuh.

Majoriti daripada kematian yang telah dicatatkan, semuanya terletak di wilayah Hubei.

Sekitar 2,8000 orang di seluruh dunia dikatakan telah dijangkiti virus pembunuh itu.

Shanghai melaporkan berita kematian pertamanya pada hari Sabtu, 25 Januari.

Sumber : The Sun

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)