Siakap Keli

Keluarga Nafi Kematian Disebabkan Virus, Mohon Netizen Padam Video Tular

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tular di media sosial mengenai satu rakaman yang memaparkan seorang gadis yang tiba-tiba rebah ketika mengunjungi sebuah kedai baru-baru ini. Rakaman yang berlegar di media sosial itu telah mendapat perhatian ramai dan pelbagai spekulasi timbul.

Susulan rakaman tular berkenaan, terdapat segelintir netizen yang mendakwa bahawa kematian gadis berkenaan dikaitkan dengan wabak penyakit, Koronavirus.

Ekoran penularan berita tersebut, laporan polis telah dibuat dan dikongsikan seorang individu dipercayai bapa saudara mangsa melalui Facebook Art Fever Hafiz Rusidah.

Laporan itu juga dibuat bagi menggesa orang ramai untuk memadam rakaman tular berkenaan bagi mengelakkan lebih banyak spekulasi yang timbul.

Sumber: Art Fever Hafiz Rusidah

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra