Siakap Keli

Suka Sangat Gigit Kuku, Wanita Derita Jangkitan Kuman, Merebak Hingga Ke Lengan

Seorang wanita memberi amaran kepada golongan yang suka menggigit kuku mereka agar tidak melakukannya lagi selepas rakannya dijangkiti kuman yang mungkin membawa maut.

Wanita dari Scotland itu telah memuatnaik satu posting di Facebook miliknya bersama gambar-gambar kuku yang terkena jangkitan serta memberi amaran kepada orang ramai tentang potensi bahaya akibat daripada tabiat buruk itu.

Beliau juga memaparkan gambar jari telunjuknya dengan lepuh berwarna kuning yang menonjol dari kulit.

Selepas cuba menyembuhkan jangkitan dengan produk-produk ‘kaunter’, rakannya bergegas ke Glasgow Royal Infirmary apabila sedar ia tidak juga pulih.

Walaupun mendapat nasihat daripada dua orang ahli farmasi, rakannya diberitahu bahawa jari itu mungkin boleh membawa kesan lebih teruk jika dibiarkan lebih lama lagi kerana jangkitan tersebut telah merebak hingga ke lengannya.

Melalui Facebook wanita itu, rakannya mula menggigit kuku selepas dibuli di sekolah dan tabiatnya menjadi lebih buruk apabila dia memotong kuku pada ibu jari pada tahun 2014.

Sumber: The Sun

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra