Siakap Keli
Kredit Foto: Youtube/Yacht La Pinta/ IUCN/Global Environment Facility

(Video) 8 Spesies Ini Telah Diisytiharkan Pupus Dalam Tempoh Sedekad Yang Lalu

Banyak haiwan kini sedang diancam kepupusan. Ianya berpunca daripada pelbagai perkara yang menyebabkan spesies-spesies ini tidak dapat membiak dan menyebabkan ianya diancam kepupusan.

Menurut satu perkongsian di laman twitter milik QuickTake by Bloomberg mengenai 8 spesies yang telah pupus dalam tempoh sedekad yang lalu.

Antara yang telah dilanda kepupusan adalah Christmas island whiptail-skink, Charco palma pupfish, christmas island pipistrelle dan Pinta Giant Tortoise, Hawaiian Crows, scimitar horned oryx, Kihansi spray toad dan christmas Island chained gecko.

Kini masih banyak spesies yang kian diambang kepupusan. Hal ini mungkin akan memberi kesan pada masa akan datang kepada generasi akan datang tidak dapat lagi mengetahui kewujudan spesies-spesies yang telah pupus ini.

Selain itu, kini banyak spesies yang diancam kepupusan dan dibawah pemantauan pihak yang berkaitan supaya ianya dapat dijaga dengan rapi bagi mengelakkan spesies tersebut dibiarkan pupus.

Namun begitu, terdapat spesies yang berjaya membiak setelah mendapat penjagaan yang rapi dan kini telah dilepaskan kembali ke habitat asalnya.

Sumber: QuickTake by Bloomberg

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.