Siakap Keli
Kredit Foto: Metro.co.uk

Luluh Hati Bapa Lihat Tangisan Anaknya, Terpaksa Berpisah Dengan Ibu Kerana Koronavirus

Pilu hati seorang suami apabila terpaksa memisahkan anak dan ibunya kerana terpaksa meninggalkan isterinya di China akibat wabak Koronavirus itu.

Rakyat Britain akan dipindahkan dari Wuhan akan dikuarantinkan selama dua minggu di pangkalan tentera United Kingdom (UK).

Jeff Siddle dari Northumberland bakal menaiki pesawat tanpa isterinya, Sindy yang tidak ditawarkan tempat duduk didalam pesawat berkenaan kerana dia merupakan warganegara China.

Foto Jasmine bersama ibu bapanya (Kredit Foto: Metro.co.uk)

Hal ini telah menyebabkan anak perempuannya, Jasmine yang berusia 9 tahun menangis kerana terpaksa meninggalkan ibunya di China.

Pejabat Kedutaan dan Luar Negara Britain mendakwa kerana China telah melakukan sekatan ke atas rakyatnya sendiri.

Kira-kira 6000 warga China yang telah disahkan Koronavirus membuatkan rakyat di sana terperangkap di negara sendiri.

Menurut BBC Radio Newcastle, isterinya merupakan pemegang pastport China dengan taraf penduduk di UK.

Ini merupakan perkara paling sukar buat Jeff untuk meninggalkan isterinya di China sehingga menyebabkan anaknya menangis kerana terpisah dengan ibunya.

Melihat tangisan anak perempuannya itu benar-benar meruntun hatinya kerana memisahkan anak dan ibunya itu.

Sumber: Metro.co.uk

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.