Siakap Keli
Gambar : Facebook

Madrasah, Masjid Musnah Terbakar Di Lahad Datu

Lahad Datu : Sebuah madrasah dan masjid dekat Kampung Sapagaya Hulu, Batu 6 Jalan Silam, di sini musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.

Kejadian bermula pukul 12 malam itu mengakibatkan Madrasah Al Imam dan sebuah masjid jenis separuh kekal terbakar.

Bagaimanapun, kesemua 18 pelajar dan dua madrasah itu selamat dan tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan atau kehilangan nyawa.

Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dalam satu kenyataan, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.29 tengah malam.

“Sejurus menerima panggilan, bomba menghantar sepasukan tujuh anggota diketuai Pegawai Kanan Bomba 2 Asmori Dahhiarsyah yang tiba di lokasi dan operasi memadamkan kebaran tamat 2.09 pagi.

“Punca kebakaran dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” menurut kenyataan itu.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.