Siakap Keli

(Video) Rumah Dipalang Besi, Elak Penghuni Keluar Dan Dijangkiti Virus

Wabak koronavirus sehingga kini masih membimbangkan apabila dilaporkan jumlah kematian telah meningkat kepada 170 orang.

Pelbagai langkah berjaga-jaga dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan keadaan ini tidak bertambah parah.

Antara langkah yang dibuat adalah dengan mengenakan kuarantin kepada penghidap virus ini agar tidak menjangkiti individu lain. Perkara ini adalah kerana koronavirus mudah merebak daripada pertemuan secara langsung.

Menerusi perkongsian video yang sedang tular, beberapa rumah dilihat dikimpal dengan palang besi bagi memastikan penghuni rumah tersebut tidak keluar.

Rakaman tersebut dipercayai dirakam di bangunan Jiangsu-China yang memaparkan penghuni rumah hanya boleh membuka pintu dengan ruang yang terhad.

Sumber: PacoHK

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra