Siakap Keli

Bersalin Tak Sakit, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Guna Teknik Aktifkan Minda Separa Sedar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menanti kelahiran bayi yang dikandung selama sembilan bulan adalah momen yang paling indah buat insan yang bakal bergelar ibu dan bapa.

Namun lagi indah pengalaman tersebut jika proses melahirkan bayi berlaku tanpa sebarang konflikasi berbahaya melibatkan ibu ataupun bayi.

Perkongsian @sybilreinna di laman Twitter miliknya menceritakan detik manis tentang perjalanannya melahirkan anak kedua tanpa rasa sakit berbanding anak sulungnya.

Alhamdulillah dah boleh balik rumah. Rasa macam dah share journey bersalin baby kedua ni dengan close friends tapi rasa nak share kat sini jugak. So ini adalah bebenang lahirkan baby tanpa sakit?

Tak kisah pun orang kisah or tak tentang pengalaman aku ni, anggap ja ni satu cara aku abadikan kenangan ni kat sini. Thank you sesiapa yang sudi baca.

Sebelum lahirkan anak sulung, aku pernah baca blog sorang sis ni tulis dia tak rasa sakit langsung tiba-tiba bersalin ja, so masa pregnant Zafar aku dah doa nak jugak macam tu sebab takut nak hadap sakit bersalin. But…
But Allah yang menentukan. Seminggu duduk wad dengan contraction tak sakit masa zafar tapi hasilnya, overdue dan kena induce. Demi Allah, sakit kena induce tu, aku rasa yakin sangat aku akan mati masa tu. Tuhhh betapa nak describe sakit tu.
Tapi sebab teruk sangat sakit contraction, aku dah tak rasa sakit nak teran, tak rasa sakit kena gunting, tak rasa sakit kena seluk buang darah beku dan kena jahit banyak tanpa bius. Tu cerita anak sulung. Sambung pasai baby baru pulak hehehe.
 

Aktifkan minda separa sedar

Sepanjang pregnancy kedua, aku guna teknik aktifkan separa minda sedar. Ha jangan tuduh aku geng doula home birth sebab teknik ni pulak tapi ya, aku apply teknik depa, kita ambik yang positif hokey? So aktifkan how?
Caranya always habaq kat diri sendiri, aku nak bersalin normal, taknak koyak, taknak jahit. Bila pindah mai Sarawak tanpa family, aku tambah point baru, taknak duduk wad lama, kalau boleh nak bersalin baru admit, nak kuat sebab rumah level 3 tangga.
So sepatutnya due lagi one week tapi Alhamdulillah turun tanda darah (walaupun aku aim nak tanda ketuban pecah sbb dengar cerita lagi cepat bersalin kalau ketuban). Then dua hari ada mild contraction macam rasa period hari pertama kedua kita tu.
Aku cakap kat suami, selagi boleh tahan sakit, nak duduk rumah ja. Tapi dua malam tidoq tak lena and rasa macam gastrik and sembelit so hari ketiga dah bebai terus ajak suami pi hospital nak check jantung baby. Risau baby stress sebab ibu dia stress tak tidoq.

 Baby okay ja jantung, so doktor kata boleh balik dah tapi..

So sampai hospital check ctg baby ok ja jantung ok so doktor kata boleh balik tapi sebelum balik nak check bukaan bawah dulu sebab due dah dekat kan. Iols dah happy dah ni boleh balik dan baby sihat, ingat nak terus pi aeon makan Sushi King.

Masa check bukaan, doktor terkejut sebab dah 8cm. Aku rasa macam mustahil sebab masa Zafar dulu, 8cm tu la aku dah ready nak mati tanya doktor, betul ka doktor, saya tak rasa apa pun ni doktor. Doktor kata betul cepat jom masuk labor room.

Dah la mai hospital bawak zafar. Lenggang ja bawak phone dengan IC  ja so terus ke labor room. Naik atas katil, doc kata dah full bukaan and dah nampak kepala baby, cepat push. Maka, berhuhuhu lah aku heran nak teran apa ni?

Kalau yang dah bersalin mesti tau, nak teran tu kena ada bantuan contraction and kena ada urge to push. So apa yang nak bantu aku ni? Alhamdulillah masuk another doc kata takpa jom saya kira untuk awak push, teran macam sembelit tu.

Disebabkan aku memang dok rasa macam sembelit tiga hari ni, so aku pun teran la ikut doc tu. Maka keluarlah seketul Sybil lagi sempat lagi ngadu kat doktor lenguh kaki so tu lah ceritanya bersalin tanpa sakit aku. Thanks sapa baca sampai bawah senyap-senyap tu.

Sumber : Twitter Sybilreinna

Nurul Alia Ali

Nur Farra