Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

TERKINI : Kematian Meningkat Kepada 213 Orang, Kes Mencecah 10,000

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China telah mengesahkan jumlah jangkitan dalam jangkitan koronavirus di negara tersebut telah mencecah 9,692 orang, setakat hari ini.

Jumlah berikut meningkat sebanyak 1,982 dari hari sebelumnya, di mana ianya telah melebihi jumlah kes “Severe Acute Respiratory Syndrome” (SARS) pada tahun 2003 yang merupakan salah satu penyakit teruk pernah tersebar di Asia.

Jumlah kematian di China juga telah meningkat kepada 213 orang dengan 42 kematian baharu berlaku di daerah Hubei, titik penyebaran virus ini dan satu lagi di daerah timur laut Heilongjiang.

Sumber : CNN

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra