Siakap Keli
Kredit Foto: Daily Mail

Hilang Tiga Anak Sekelip Mata Dilanggar Pemandu Mabuk, Si Ibu Pilih Maafkan Pelakunya

Tiga kanak-kanak malang bersama seorang sepupunya maut dilanggar oleh seorang pemandu yang didakwa mabuk ketika ingin membeli aiskrim.

Samuel William Davidson, berusia 29 tahun telah didakwa atas kesalahan melanggar keempat-empat kanak-kanak tersebut hingga menyebabkan kematian kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Tiga beradik yang maut dilanggar pemandu mabuk (Kredit Foto: Daily Mail)

Tiga daripada enam beradik tersebut telah meninggal dunia iaitu Antony, 13, Angelina 12 dan Sienna, 9 tahun manakala seorang lagi sepupu mereka iaitu Veronique Sakr, 11 tahun turut maut dalam kemalangan tersebut.

“Saya tidak membencinya” kata Leila Geagea, ibu kepada tiga kanak-kanak malang tersebut.

Leila Geagea turut berkata walaupun dia tidak membenci lelaki yang melanggar anaknya itu, namun dia tidak mahu melihat lelaki berkenaan.

“Saya berhasrat untuk memaafkannya, namun biarlah mahkamah yang menentukan keadilannya” katanya lagi.

Kredit Foto: Daily Mail

Leila Geagea dikurniakan enam orang cahaya mata meluahkan rasa sedih terhadap kejadian yang menimpa tiga anaknya itu namun dia yakin anak-anaknya itu sedang berada di tempat yang tenang.

Sumber: 7news

Siti Natrah Jusof