Siakap Keli

Afrika Timur Diserang Belalang Besar, Musnahkan Puluhan Ribu Hektar Ladang

Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, masalah belalang besar yang melanda Afrika Timur kini mengancam untuk berkembang ke lebih banyak negara di rantau ini.

Kawanan belalalang padang pasir boleh merosakkan dan mengancam kehidupan ramai pihak

Belalang itu kali pertama dilihat pada bulan Disember, telah memusnahkan puluhan ribu hektar tanah di ladang Kenya, Somalia dan Ethiopia. Ia juga turut mengancam bekalan makanan. Pencerobohan serangga itu dikatakan serangan yang terburuk sepanjang 70 tahun.

“Terdapat juga negara lain yang berisiko untuk mendapat tempias terutamanya Sudan Selatan, Uganda, Eritrea dan sebagainya” kata Bukar Tijani, penolong ketua umum jabatan perlindungan dan pertanian FAO.

Selain itu, FAO berkata sekurang-kurangnya satu kawanan belalang telah dilihat di Eritrea dan beberapa juga telah dilihat di Oman dan Yaman.

Malah sebelum pencerobohan belalang, kira-kira 11 juta orang di Ethiopia, Somalia dan Kenya mengalami ketidakamanan makanan, dan kawanan akan memburukkan keadaan, kata FAO.

“Oleh itu, kita perlu melakukan segala usaha yang mungkin untuk mengelakkan kerosakan itu daripada berlaku,” kata Dominique Burgeon, pengarah Bahagian Kecemasan dan Pemulihan FAO, semasa lawatan ke daerah Samburu dan Kitui, dua dari 15 wilayah yang terkena di Kenya.

Esther Kithuka, seorang petani di Mwingi di Kitui County, Kenya timur, berkata dia bimbang belalang akan memusnahkan tanaman mereka. Kemudian, musim tanaman yang akan bermula pada bulan April akan menjadi terlalu pendek untuk pengeluaran yang bermakna.

“Kami banyak bergantung pada musim ini dan kami bimbang belalang akan memusnahkan penuaian kami. Kami akan terus lapar sepanjang tahun menunggu Oktober untuk musim tanaman berikutnya,” katanya.

Sumber : Reuters

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)