Siakap Keli

Penjaga Tol Terpaksa Senyum Walau Baru Lepas Menangis, Kena Marah Dengan Pemandu

Pekerjaan sebagai salah seorang customer service bukanlah sesuatu yang mudah malah ramai yang serik untuk bekerja di sektor itu.

Hal ini kerana mereka perlu berdepan dengan pelbagai situasi yang tidak diduga. Mereka turut perlu berdepan dengan kerenah dan perangai manusia yang berbeza-beza.

Baru-baru ini, menerusi South China Morning Post tular sebuah video seorang gadis penjaga tol wanita sedang menangis teresak-esak akibat dimarahi oleh seorang pemandu.

Kemudiannya wanita itu ditenangkan dan dipujuk oleh pengrusnya. Namun, tiba-tiba sahaja air matanya  jatuh berguguran dan dia nangis teresak-esak.

Dia turut disuruh untuk terus senyum dan melayan pemandu-pemandu yang lalu selepas itu seperti biasa.

Ramai yang tersentuh hati selepas melihat sikap wanita terus senyum sebaik sahaja melihat pemandu seterusnya yang datang. Sikap profesionalnya telah mendapat pujian warganet.

Sumber : SCMP News

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)