Siakap Keli

“Girlfriend” Buat Kejutan, Hadiahkan Mercedes Benz Di Hari Ulangtahun Kelahiran CR7

Cristiano Ronaldo yang merupakan anak kelahiran Portugal, merupakan bintang bagi pasukan Juventus mendapat kejutan hadiah mewah daripada teman wanitanya, Georgina Rodriguez sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-35.

Rodriguez, yang berusia 26 tahun menghadiahkan pemain antarabangsa Portugal itu sebuah kereta mewah Mercedez Benz yang dianggarkan bernilai £150k  (RM801,620.25).

Detik kejutan tersebut dikongsikan wanita itu menerusi  laman Instagramnya, dengan kehadiran sahabat dan kenalan rapat mereka di Turin, Itali.

Video tersebut menunjukkan detik ketika Ronaldo dan Rodriguez sedang berjalan dan sekumpulan rakan mereka menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’.

Sejurus ucapan itu, sekumpulan tetamu yang bersembunyi di belakang kereta SUV Mercedes-Benz G-Class berwarna hitam yang diletakkan di seberang jalan, keluar menyambut Ronaldo.

Ronaldo memeluk Rodriguez dan menujukkan reaksi seolah-olah terkejut dengan kejutan yang dilakukan, namun dalam masa yang sama tidak dapat menyembunyikan senyumannya.

Ronaldo kemudian memeluk beberapa rakan yang mengucapkan tahniah sambil mereka menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ versi Bahasa Sepanyol.

 

Sumber : Daily Star

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)