Siakap Keli

Ibu Terkejut, Dakwa Taska Bagi Anak Makan Nasi, Kicap Dan 2 Ketul Leher Ayam Kongsi 6 Orang

Sebagai ibu bapa harapan kita hanya untuk melakukan yang terbaik untuk anak-anak. Keranan kesibukan bekerja, sebagai ibu bapa terpaksa hantar anak-anak ke taska atau tempat asuhan untuk dijaga dengan baik sementera mereka bekerja.

Banyak taska yang memberikan servis terbaik di negara ini, malah ada taska yang melayan anak-anak kita bagaikan anak mereka sendiri. Namun, kisah yang dikongsikan seorang wanita bergelar ibu ini lain pula ceritanya.

Perkara ini dikongsikan di laman Facebooknya  mengenai sebuah taska asuhan anaknya yang didakwa berkelakuan tidak bertanggungjawab kerana hanya memberi nasi, kicap beserta leher ayam kepada anak-anak taska tersebut.

“Anak selalu mengadu makan nasi, kicap dan telur dadar”

Kita mengharapkan anak kita dijaga dengan baik tanpa mempersoalkan bayaran bulanan yang perlu dibayar. Tapi sebaliknya inilah makanan yang diberikan kepada anak-anak transit dan tadika.

Sebelum ini anak ada mengadu hanya makan nasi, kicap n telur dadar. Tapi, saya tak endahkan sebab ingat kan kadang-kadang sahaja. Bila kerap anak mengadu, saya pergi sendiri ke taska untuk memastikan.

Ternyata makanan yang disediakan hanyalah nasi, kicap, dan dua ketul ayam bahagian leher yang dikongsi oleh 6 orang anak.
Mohon penjelasan dari pihak tadika terbabit.

Namun, Puan Sharifah tidak mendedahkan nama taska terbabit.

Sumber: Sharifah Hasinah Shahajam

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)